Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

KELUARGAKU KESAYANGANKU

 Hati ini tiba2 hidup kembali pada saat ini setelah sekian lama menyepi. Cinta Allah itu sangat indah bila dapat dihayati. Pengaturan Dia yang terbaik saat kita terasa bahawa kita telah mengatur dengan begitu sempurna. Meskipun hidupku pernah dilanda badai, namun aku bersyukur kerna aku masih kuat untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab dan menjadi seorang isteri kepada suami yang dicintai.  Buat suamiku, terima kasih untuk segalanya. Meskipun aku terkadang begitu tidak sempurna untuk mu. Meskipun aku menunjukkan sikap yang tidak baik di matamu. Maafkankan diriku wahai suami kerana cinta ku begitu lemah. Maafkan aku wahai suami untuk segala kelemahan yang aku bawa dalam hidupmu. Dulu aku pernah ingin menjadi yang terbaik untukmu, namun aku seolah gagal kerana kenangan lama selalu menggangguku. Bila mana, cinta yang aku harapkan telah pergi meninggalkanku dan hanya parut luka yang terpahat dijiwaku. Andai masa mampu ku ulangi, pasti aku memilih jalan yang lain...jalan yang diredhai