KELUARGAKU KESAYANGANKU
Hati ini tiba2 hidup kembali pada saat ini setelah sekian lama menyepi. Cinta Allah itu sangat indah bila dapat dihayati. Pengaturan Dia yang terbaik saat kita terasa bahawa kita telah mengatur dengan begitu sempurna. Meskipun hidupku pernah dilanda badai, namun aku bersyukur kerna aku masih kuat untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab dan menjadi seorang isteri kepada suami yang dicintai.
Buat suamiku, terima kasih untuk segalanya. Meskipun aku terkadang begitu tidak sempurna untuk mu. Meskipun aku menunjukkan sikap yang tidak baik di matamu. Maafkankan diriku wahai suami kerana cinta ku begitu lemah. Maafkan aku wahai suami untuk segala kelemahan yang aku bawa dalam hidupmu. Dulu aku pernah ingin menjadi yang terbaik untukmu, namun aku seolah gagal kerana kenangan lama selalu menggangguku. Bila mana, cinta yang aku harapkan telah pergi meninggalkanku dan hanya parut luka yang terpahat dijiwaku. Andai masa mampu ku ulangi, pasti aku memilih jalan yang lain...jalan yang diredhaiNya.
Waktu ku melihat wajah anak-anakku bahawa saat itu aku merasa betapa sedikitnya kasih sayang aku untuk mereka. Maafkan mama mu wahai anak. Aku hilang dalam kesibukan ku. Kenapa resah dan tekanan itu selalu datang padaku? Sehingga saat yang indah seharusnya ku lalui bersama mu duhai anak. Andai aku mampu meninggalkan semua kerja ku duhai anak. Namun ku harus teruskan demi sesuap rezeki keluarga kita. Saat anakku menyebut, mama pernahkah mama memelukku sewaktuku kecil sepertimana saat mama memeluk adik yang masih bayi ini? Jatuh air mataku anak, seperti jiwa ini dipanah petir. Aku sedar waktu itu, telah banyak yang berlaku, kasih sayang yang aku terlupa untuk mu. Terima kasih kerana mengingatkan ku.
Doakan yang terbaik untuk ku.
Ulasan