Yong Tau Fu Memalas

Aswt/salam sejahtera. Pepagi ni mcm de rs nk menulis ckit kt blog. Citer ni kisah hr khamis lalu, tetiba kt opis tu rase nk mkn yong tau fu jek, betul ke dak eja ni  hentam je la. Kuar opis je singgah la dpn pagar opis tu kat pasaraya nirwana, tujuan utama nk bli mknn sejuk beku yang timbang punye  nk buat yong tau fu. Sambil2 tu de la jenguk pakaian kanak2..so pilih2 jumpe yang murah n harga mampu bli la, hadiah utk anak member, untuk anak sedare belah somi, n utk anak2 sendiri (saje nk tambahkan longgokan pakaian).

Lepas tu baru r betul2 pilih mknn sejuk beku tu. Blk umh, buat la kuah yong tau fu tu tp xikut resepi sangat pon sbb mcm xbest je resepi tu..haha pepandai je. Resepi tu pn lupa la amik kt blog mn sbb bukak jap terus amik gmbr kt bhgn resepi terus tutup. Xtau sumber la ni..sorry.

Cara nk buat kuahnya lbh kurang cm ni,(untuk semangkuk kuah)

3-4 tangkai cili kering (goreng n kisar)
gula melaka/manisan 2-3 keping (cairkan + air kosong stgh gelas)
gula biasa (2-3 sudu)
belacan (secubit/stgh sudu)
kicap pekat (ikut suka tp jgn 1 botol sudah)
tepung jagung 1 sudu besar (bancuh dgn air suam)
Cili padi (kisar 2-3 biji kalau nk mkn pedas, xletak xpe)

Bila gula melaka dh dicairkan atas dapur dgn api sederhana dan menggelegak, masukkan cili kering yg dikisar tu, biarkan sekejap, kemudian letak gula biasa, belacan dan kicap tu, kacau2 last sekali masuk je tepung jagung yang dh bancuh. Biar ia menggelegak sekali lagi n tutup. Dah pon siap.

Then, boleh la panaskan periuk isi air n celur mknn sejuk beku yg pelbagai tu.

Yang tersedia utk dimkn, kuah yong tau fu n isinya




Kangkung ditambah bersama keropok lekor



Tetiba time tu rasa nk mkn cekodok/kuih malas


Maka dibancuh la adunan kuih malas


Tadaaa..dh pon siap goreng

Rasanya xrangup, ergg xpandai buat berlagak je..


Dh hidang tu, asben yg mkn dulu tu psl kuah dh comot kt tepi. Sorry gmbr atas tu yg belum potong.

Kesimpulannya, dinamakan yong tau fu memalas tu sbb tambahan kuih malas. Biasa kt kedai letak kacang yg ditumbuk ke atas yong tau fu, tp xde kacang, mkn cm tu je la. Anda boleh ubahsuai cm mn yg anda suka . Rasa kuah tu mmg enak sekali. Pekat, manis & sedikit pedas, anak suka kuah tu. Mkn ngn kopok pn sodap. Ala2 colek kopok lekor ganu. Yummy2.

Sekian, selamat mencuba.


Ulasan

suka suka berkata…
Tengahari ni lapo la pulak nengok tong tau fu ni... lama sungguh tak makan

Catatan popular daripada blog ini

TIMUN JEPUN KU

KELUARGAKU KESAYANGANKU

SEKANGKANG BATAS