KEBUN SAYURANKU YG KECIK MOLEK


Salam sayang untuk semua, untuk makluman semua saya adalah seorang  pekebun kecil sejak 2menjak ni..hehe. Suka pulak menanam sayur ni, tp hasilnya mcm hampeh...sayur-sayuranku kurus melidi je. Xpandai jaga sangat pun, mood menanam tu je lebih dan kemungkinan besar teknik menyemai anak benih serta membaja tu salah.Kalo ikutkan kangkung dh boleh tuai sbb dh cukup masa tp saya biarkan je sbb ia tidak memuaskan, kangkung kurus faktornya mungkin jarak tanaman terlalu rapat atau baja xcukup. Terkini saya ade semai bawang dan kunyit untuk dapatkan daunnye, masih belum dapat lihat pucuknye pn.


Saya takde masa sangat pun, dapat semai anak benih pn hujung minggu je, hr kerja time ptg masa suntuk sangat. Kebelakangan ni, tengah qada puasa yg ditinggalkan selama 3minggu, so penat yg teramat sangat xdpt dibendung kerana sdg mengejar masa kerana bulan ramadhan telah hampir tiba.





Pokok limau purut ni dh lame ambik umh abah, masa ambik dulu byk je daun, skrg xde daun dah, dia mogok kot.
Daun pegaga yg tumbuh sendiri dlm pasu limau purut.

Daun bawang dh tumbuh elok, bru jer tanam.


Bawang yg baru bercambah daunnya.


Pokok betik batang hitam setinggi 1meter, masih hidup setelah dipatahkan pucuknya oleh anak lelakiku bbrp bln lps.



Pokok misai kucing, ambik anak dari rumah abah,dh berbunga dan membesar dgn sihatnya.

Pokok serai ni, ambik umah mentua.

Anak bendi yg baru disemai, umur 3hari.
Anak bendi dlm polybag, umur 3minggu.


Kangkung yg ditanam atas tanah, kurus kan?? Entah pe yg xkena..

Kangkung yg ditanam guna keratan batang, dh kuar pucuk kecil.

Kangkung yg ditanam dlm polybag, lg kurus...












Ulasan

Adry@Daun berkata…
As salam tuan kebun(nama tuan kebun tak tau..hehe..),

Byk juga tanaman atau sayuran yang ditanam. Dah ok tu tp blh utk jadi lagi baik. Kangkung yg ditanam ni memang jenis kurus sbb semai guna biji benih kan. Kangkung lbh sesuai tanam atas batas. Rapat2 pun takpa sbb ia blh dituai dlm tempoh yg singkat.

Bendi yg dlm polibeg tu nak alihkan atau biarkan kat situ? Kalau nak alih, ia dah blh alihkan ke tempat lain sbb dah terlalu besar. Dan jika nak tanam dalam polibeg atau pasu, ia perlukan polibeg/pasu yg besar.

Catatan popular daripada blog ini

TIMUN JEPUN KU

KELUARGAKU KESAYANGANKU

SEKANGKANG BATAS