BENIH BARU SEMAI DAN KISAH SEMAIAN DAHULU


Aswt/salam sejahtera,

KAILAN
Beberapa hari yg lepas benih kailan sy telah selamat tiba. Blk keje ptg tu sy msk siap2 dan terus gagahkan diri untuk siapkan tanah dlm pasu, namun apakan daya, bila dekat orang azan sy terpaksa berhenti untuk berbuka puasa terlebih dahulu. Selepas sembahyang maghrib jer, sy semai benih dlm pasu yg dh tersedia tu. Pelik bukan menyemai benih waktu mlm..hehe xpe la tandanya sy bersemangat...bwh porch kete yg sekangkang kera ni jer, sbb pg esoknya xkan sempat punye la, asyik lewat ke tmpt kerja. Ingin ku khabarkan kepada semua bahawa hr ni adalah hr ke 4, kelihatan putik kecil benih kailan baru bercambah. Ok la, alhamdulillah..teruskan membesar yer. Snap gmbr pn xnmpk. Tunggu ia besar dlu, lain kali snap gmbr lps 2 minggu baru nmpk elok.

Pasu semaian kailan n polibeg tu semai benih lada solok

Benih yg baru bercambah tidak brp jelas kan

SAWI BAKSO
Jom tengok anak sawi bakso yg sy baru semai tumbuh dgn subur, hr ni dh masuk hr ke 7, baru nmpk comey. Oleh krn geram yg teramat, aku tabur dalam 70-80 biji benih sawi bakso (gambar kt bawah tu hanya 1 polibeg jer, ada 2 polibeg kesemua). Prestasi semaian kali ini adalah lebih baik selepas struktur tanah ditambah dengan pasir, dulu sebelum tanah ditambah pasir ia lambat sangat membesar. Oleh yg demikian, anak sawi yg dulu tu kelihatan agak terbantut. Ia tidak meninggi, umur 3 minggu patutnya dkt2 sejengkal, yg ni baru setinggi jari manis. Proses penanaman menjadi terlalu lama dan membosankan. Sy hampir2 give up tau! Namun begitu, sy tetap kuatkan semangat.

Anak sawi bakso


DAUN CELERY/DAUN SUP
Dua minggu yg lalu, sy ade tanam akar daun sup yg telah digunakan, nmpknye hidup jgk yer 4pohon, 1 pohon mati sbb terlebih air, lps ni siram ckit2 jer la. Pucuknya dh kelihatan dr keratan batang. Kalo anda semua baca tentang khasiat daun sup ni, mmg bagus untuk kesihatan. Sy pilih makanan yg berkuah sup dan bihun/mee jer untuk letak daun ni byk2, baunya sungguh menyelerakan..hmm yummy.

Daun sup ditanam guna keratan akar


BETIK SEKAKI KOT
Setelah 8 hari semai benihnya kelihatan, masih kecik lg dan xleh nk komen byk2. Smlm baru nmpk daun ketiga. Hari ni dh masuk hari ke 11, lbh krg sama je. Kalo dh tinggi sejengkal leh la alih.

Betik sekaki kalo xsilap sbb xtanda, agak2


KUNYIT
Sy semai kunyit 4 minggu lps guna kunyit hidup yg bli di Mydin Mall, 2 minggu pertama ia mengeluarkan tunas kecil dan pd awal minggu keempat iaitu hr ni, pucuknya yg bergulung telah kelihatan. Hijau muda, comey betui.. Raya nanti mesti dpt tgk lebih byk pucuk2 lain.


Kunyit yg keluar tunas


Pucuk kunyit, baru satu jer yg nmpk

KANGKUNG
Kangkung adalah sayur kegemaranku, sbb tu la sengaja dicampak byk2 benih ni terus ke tanah yg dh gembur. Konon2 raya nanti xpyh beli sayur sbb tabur dlm 100 biji benih. Sangat mudah untuk anda tanam kangkung, asal siram jer mesti kuar anak2nya selepas 2-3 hari. Kangkung perlukan air yg banyak, kalo kt kampung ada org tanam kt tepi aliran air buangan/longkang, yg pastinya ia hidup subur. No need baja2. Sy tanam dpn umh je, siram guna air bersih.

Yg ni la antara anak kangkung berumur 5 hari, yg selebihnya umur 3 hari  
 












Ulasan

Unknown berkata…
Amboiii byknya pokok....huhuhu...jeles huhu
Awa berkata…
Pokok semaian je byk, pyh betul nk membesar. Byk sawi yg terbantut masa 1st time semai. Kali ni cuba lg.

Catatan popular daripada blog ini

TIMUN JEPUN KU

KELUARGAKU KESAYANGANKU

SEKANGKANG BATAS