SAMBUNGAN..PERJALANAN HIDUP SAYUR LAMA DAN BARU

KAILAN
Kailan yg sy semai 6 hr lepas baru kuar 2 jenis jer, lagi 3 jenis xkuar lgsg. Sy dh guna tanah yg elok untuk kailan tu, nampak gayanya  kena buat perubahan. Gaulkan sedikit pasir ke dalam pasu semaian, mn tau ia akan bercambah dengan cepat.


KETUMBAR
Sedih sungguh teman2 semua,  lepas alih anak ketumbar minggu lepas, hampir kesemuanya mati, yg hidup pn cm xbermaya daa, akarnya sangat sensitif bila dialih, dh cuba korek pakai jari, xguna penyodok pn konon2 takut kena akar. Yg tinggal skrg hanya ketumbar Asia Terbaik beberapa pohon jer. Xpela, nk buat cm mn lg, setiap yg hidup pasti akan mati. So, ptg smlm sempat semai ketumbar jenis biasa (ambik kt dapur). Dlm 50 biji gitu la, dengar cm byk kan, tp ia pyh tul nk hidup. Xkisah la, janji ia hidup jer.


LOBAK PUTIH
Cepat sungguh benih lobak putih ni bercambah, mmg hr ke 3 dh nmpk cambahan. Benih ni sy xorder, benihkongsi oleh tanamsendiri.com . Kdg2 terpikir jgk dlm hati, nape ler benih lain yg ku harapkan menjadi, last2 benih yg lain kuar dulu. Xplan nk tanam kt mn lg, errmm..tgkla ia besar dulu.


BAYAM PUTIH DAUN BULAT
Percubaan tabur anak bayam putih masuk kali ke 3. Dulu, tanggapan sy igt benih bayam tu bercambah cm anak sawi tp ia lg kecil..sekali pandang xprasan pn. Kalo tgk jarak dekat baru la nampak, benihnya sangat halus serta menggambarkan betapa keciknya cambahan anak bayam pada tempoh minggu pertama. Ingat zaman sekolah dulu, abah suka tabur benih bayam, bendi dan kangkung (pokok lain pn byk lg). Tau2 ia dh besar dan boleh dituai untuk masak, pandai abah menanam dan sampai skrg pn umurnya mencecah hampir 70 thn masih gemar menanam. Anak dia plk xberbakat.

1st time tabur terus ke batas, biji benihnya dimkn semut, yg selamat cuma 3 pohon, baru sebesar ibu jari.
2nd time, tabur dlm polibeg besar, guna tanah biasa, anak2 bayam putih byk yg kelihatan tumbuh, namun ia sgt kecik.
3rd time, guna tanah berbaja kompos, nmpk kuar ckit2 jer slps 4-5hr.

Kawan2 agak sy dh salah semai ker? Sy nk cuba lg, walaupun sy tau kalau nk mkn time raya cm xsempat daa yg penting skrg sy nk tgk ia tumbuh subur.


ANAK SAWI BANTUT
Apa nk buat, seandainya anak sawi  xmembesar? perlukah dicabut & dibuang terus@ teruskan menunggu ? Kalau tgk lame2 naik geram, bukan geram nk cabut tp geram nk menabur lg, eee risau xde tmpt jer nanti nk alih, melampau byk sgt sy tabur.


ANAK KOBIS CINA
Malu nk citer, anak2 kobis cina dh hampir pupus kesemuanya, hehe..xpandai jaga jenis sayur cm ni. Tunggu kena tabur yg lain.


BENDI
Benih bendi yg ditabur hampir 2 bulan lalu, pokoknya skrg masih belum sampai paras lutut, namun ia nampak lebih banyak daun dan semakin melebar. Kelihatan lebih subur berbanding dulu. Kesian pokok ni, sy jrg belai2 sbb bila bersentuh daunnya di lengan mesti gatal2. Just letak baja jer & siram. Ada lebih 10 pokok, yg gemuk ckit 2-3 pokok jer. Lepas ni kalo dh tinggi sampai paras peha nk letak kt luar pagar kot, senang jiran nk ambik buah. Lgpn ia tidak sensitif pd air mahupun cahaya. Tahan lasak jgk pokok bendi ni.


RINGKASAN : Secara keseluruhannya, apa2 tumbuhan sy tanam tidak begitu memuaskan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TIMUN JEPUN KU

KELUARGAKU KESAYANGANKU

SEKANGKANG BATAS