PENYEDIAAN TANAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Aswt/slm sejahtera semua,

Setelah saya rajin duk baca blog tanamsendiri.com jd dptlah ckit ilmu pengetahuan. Saya tengah usahakan supaya tanah yg sy beli tu lebih berkualiti sebab sy tengok nape tanah yg org lain guna mcm lebih cepat pertumbuhan anak2 benih, mungkin tanah yg sy bli tu kurang baja dlmnye (saya beli tanah yg murah ckit dr kedai pokok). Pd pandangan mata saya, tanah ni kelihatan hitam dan agak ringan bila diletak di telapak tangan tetapi tidaklah berbau seperti bahan bakar, baunye agak hapak. Namun setelah disiram lebih 3 kali, ia mula bertukar seperti campuran tanah liat. Saya bimbang jgk takut pokok menjadi agak terbantut. So, ptg semalam saya bertungkus lumus isikan 10 polybag besar tanah campur dengan tinja ayam. Harap2 bila anak benih dh sedia untuk dialihkan ia mampu membantu tumbesaran.

Alang-alang ptg smlm lps siapkan tanah,saya pn masuk  dapur jap nk msk yg ringkas jer,..teringat pula ms bc blog En Is, jd saya pn cuba siram dengan air basuhan beras campur air ikan yg disiang...uikkkk mmg bau yg dikeluarkan agak hanyir, mmm bru je siram kt anak benih ckit, just nk try. Tapi demi sayur yg segar, sy akan cuba lg siram lain kali sbb En Is ckp dia siram dengan air siang ikan yg diblender supaya membantu tumbesaran pokok. Betul juga yer sbb ikan mengandungi byk protein. Pokok pn perlukan zat2 yg tertentu.

Opppss untuk pengetahuan semua,..setelah bermesej dengan En Iskandar si pemilik tanamsendiri.com, dia ckp mmg kena campur sedikit pasir kasar bagi tanah yg terlebih tanah liat ni. En Is bg tau yg tanah liat ni mmg kaya dgn nutrien akan tetapi disebabkan zarah terlalu halus, tiada oksigen kt dlmnya, akar pokok perlukan oksigen untuk hidup mcm kita jgk kan..  So, sy kena cari pasir untuk gaul sedikit dlm tanah semalam tu. Umah mak mertua ade pasir ckit dpn umh..nti leh ambik ckit.

Doa2kan la yer semoga urusan sy dipermudahkan..Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TIMUN JEPUN KU

TENANGKAN HATIKU YA ALLAH

MASAK UDANG KETAK & SOTONG SEGAR